A) SL1M FASA 1

STATUS PROGRAM

Seramai 8,262 graduan yang telah diberi peluang untuk menyertai program SL1M Fasa 1 dan jumlah ini diagihkan kepada setiap syarikat yang terlibat untuk tujuan membantu peserta program mendapatkan pekerjaan setelah 6 bulan bergraduat disamping meningkatkan kebolehpasaran melalui penyediaan soft skills training dan on-job-training.
Sebanyak 49 syarikat-syarikat GLC dan swasta telah menyertai program ini.
Mengikut statistik dan status terkini peserta SL1M bahawa seramai 3,879 peserta telah berjaya memperolehi pekerjaan dalam tempoh program dan daripada jumlah tersebut-
1. seramai 43% peserta telah berjaya diserap kesyarikat-syarikat yang terlibat dalam program; dan
2. seramai 57% peserta telah menerima tawaran pekerjaan dan menempatkan diri di syarikat-syarikat luar.
Bilangan peserta yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh program adalah seramai 0.7% peserta. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dirangka untuk membantu sebilangan kecil ini bagi memperolehi pekerjaan seperti mengadakan kerjasama dengan Jobs Malaysia bagi menyuaipadankan peserta ke syarikat-syarikat yang mempunyai kekosongan jawatan dan termasuk kesyarikat-syarikat lain yang menyertai program SL1M.
Beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada status peserta yang tidak memperolehi pekerjaan iaitu: 1- Kegagalan peserta menguasai kemahiran bahasa Inggeris dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik; 2- Kurang keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan dan malu untuk meminta tunjuk ajar dari rakan sekerja; 3- Kelulusan yang diperolehi peserta tidak memenuhi kriteria jawatan yang diperlukan; dan 4- Tiada professionalisme, kurang berbudi bahasa dan tidak menunjukkan daya saing untuk terus menjadi yang terbaik.

Ikuti Kami

Langgani Surat Berita Kami